Kehidupan ringkas begini tak tercapai jika kamu ada suami yang mintak jugak masakkan sarapan yang proper macam nasi goreng dan mee goreng.Jadi pandai-pandailah sesuaikan kehidupan sendiri dengan orang-orang di sekelilingmu.
Dila at Home
Wednesday, October 19, 2022
Sarapan
Kehidupan yang ringkas adalah apabila kau tak perlu nak fikir masak apa pagi-pagi.Kau cuma perlu panaskan lauk semalam,goreng telur dan cedok nasi sejuk.Maka makanlah kau bersila depan pintu dengan anak lelakimu sambil muka disimbah matahari pagi.
Thursday, January 6, 2022
2022.Adakah saya seorang antivaksin?
Tak pernah tak rasa tak excited nak masuk tahun baru tapi tahun 2022 betul-betul lain.Rasa serabut,rimas dan benci.
Rasa serabut,rimas dan benci sebab COVID.Bukan sebab virus tu tapi rasa serabut hidup terkongkong,sana sini ada restriction,rimas kena pakai mask,scan mysejahtera dan rasa benci bila kerajaan dah nak start wajibkan booster dos untuk yang dah dapat dua dos vaksin.
Dan hari ni dengan senyum simpulnya KJ di sidang media mula bercakap pasal perancangan nak Pfizerkan budak-budak 5 tahun which means akan ada probabilty suatu masa yang terdekat nanti budak-budak yang tak cucuk "experimental vaccine" tak akan dibenarkan bersekolah.Haih!
From the start lagi aku rasa something fishy about this vaccine program.Tapi ku rela je tadah bahu (yang mana seminggu lepas tu aku keguguran baby nombor 4 ku).Aku ignore je rasa hati yang tak sedap tu.Avoid baca post provakasi dari antivacc kat FB pastu tiba-tiba seperti yang dijangka KJ umumkan booster no 3 to combat omicron blah blah blah.
Dos 1 & 2 aku boleh la anggap ikhtiar.Bila dah ada no 3 dan no 4 sorry ya.Aku takkan abaikan instinct aku lagi.Ramalan antivacc katanya akan ada 8 dos.Wallahualam.Tapi ramalan mereka biasanya betul-betul belaka.
Aku memang bodoh sains tapi aku reti la jugak baca pasal virus ni boleh mutate.Pastu kalau 1000 kali mutate 1000 kali jugak ke aku kena tadah bahu ni?
Dan satu lagi,If WHO/KKM tak boleh jangka virus nak mutate,maknanya mereka pun tak boleh jangka la kan vaksin ni akan ada long term effect 10 20 tahun akan datang?
Saturday, July 31, 2021
Malang tak berbau.
Lukisan Kakak Kila yang cuba menterjemahkan apa yang terjadi pada diri dia dan Adib pada 15 Julai baru-baru ini.Mama kagum juga dengan perincian gambar ini.Nampak lubang tandas,air mata pada pipi dia,tangan Adib yang cuba capai pili air dan terselit juga gambar orang lidi Mama dan Abah.
Sebelum ni banyak kali baca berita tragik kanak-kanak lemas dalam besen/baldi air.Tak pernah terfikir benda yang sama akan berlaku pada Adib.Cuma Mama bersyukur sebab kami tinggalkan Adib bersama-sama Kakak Kila dalam bilik air.Menurut Kakak Kila,dia lah yang tarik kepala Adib yang tenggelam dalam tong air tu.Akhirnya dua-dua menangis ketakutan sambil panggil Mama dan Abah.Cuba bayangkan kalau Adib sorang-sorang dalam bilik mandi?Entah masih bernyawa atau tidak Muhammad Adib hari ini.
Kakak Kila cakap, "Kila taknak Adib mati.Kila sayang Adib".Betul-betul meruntun jiwa.
Lesson learnt.
Jangan ambil mudah hal berkait keselamatan anak-anak kita.
Friday, August 14, 2020
Daging Masak Merah Simple
Daku teringin nak makan daging masak merah ala Thai tu.Cari cari resipi kat FB,hurm...mac renyah je.Nak kena rebus dulu,rendam pewarna,goreng pastu bahan-bahan pun banyak jugak nak kena sedia.Hehehe...daku sebagai seorang mak yang pemalas memang idok la nak teruskan plan asal.Lagi satu tak berapa nak berkenan dengan resipi tu sebab banyak benar sos-sos tinggi garam dan pengawet nak kena letak.Jadi daku pun ambik keputusan untuk masak daging masak merah cara biasa-biasa macam Ma selalu buat.Simple je guna bahan-bahan basic.
Bahan-bahan :-
✳️ Bawang merah 5 ulas
✳️ Bawang putih 3 ulas
✳️ Cili kisar 5 sudu besar
✳️ Sos tiram satu sudu besar
Bahan-bahan tu sesuaikanlah dengan kuantiti daging yang nak di masak tu.
Cara masak
✳️ Masukkan bahan kisar + sos tiram.Jangan letak minyak lagi ye.Rebus daging dengan bahan-bahan tu dulu sehingga betul-betul empuk.Jangan lupa tambah garam dan gula sedikit.Daku rebus sampai setengah jam.Selalu tambah-tambah air kalau nampak dah nak kering.
✳️ Bila daging tu dah empuk dan air dalam kuali dah agak kering barulah masukkan minyak.Goreng sekejap kemudian dah siap!
✳️Bahan-bahan lain boleh tambah bawang holland dan hiris lada merah.Daku tambah tomato dan daun bawang je sebab tu je yang ada dalam peti sejuk.
Ringkas je kan resipi ni.Tapi sedap!Anak makan bertambah.Suami pun suka ❤️
Tuesday, August 11, 2020
Kek hangit
Malam ni teringin sangat nak makan kek marble dek kerana tertengok video kat youtube masak-masak kek .Kebetulan bahan-bahan cukup kat dapur daku gagahkan diri bangun dari pembaringan tatkala anak-anak baru sahaja lena.Pecahkan telur,ayak tepung,kacau adunan,tambah susu,tambah milo etc dah siap tuang dalam loyang dan masukkan dalam oven.Suhu 170 darjah celsius api atas bawah selama 45 minit.
Sementara tunggu masak tu daku kemas-kemas la dapur sikit.20 minit kek marble ku dalam oven daku rasa pelik ye.Apasal tetiba bau hangit ni?Jenguk dalam oven sekejap.Aik,apasal atas dah hitam rentung kek aku ni?Tengok tombol kat tepi oven tu.Check satu satu.Suhu dah OK.Timer dah OK.Api dah set atas bawah.Eh ye ke?Eh eh eh apasal plak daku set api atas je ni.Mana la tak rentung kek marble ku ini.Silat set api atas je.Sedihhhh.....membazir je bahan-bahan juga tenagaku.Sobs!
Oven ni tadi siang memang Kila buat main masak-masak.Jadi memang dia la kot yang set oven tu macam tu.Aduhai....malam ni dapatlah merasa kek rentung dan bantat.Rasa tu ada.Sedap la jugak.Kalau check betul-betul oven sebelum bakar tu tadi mesti dah jadi kek marble yang superawesome ð.
Resipi Daging Goreng kicap Hitam Berkilat
Hari ni masak daging masak kicap diinspirasikan dari video masakan Khairulaming kat youtube ye.Kalau nak tengok versi asal taip je kat YT Daging Masak Kicap Khairul Aming.
Bahan-bahan
✳️ 5 ulas bawang merah
✳️ 4 ulas bawang putih
✳️ Halia besar jari
✳️ 3 sudu besar cili kisar
Kisar/tumbuk bebawang dan halia.Pastu tumis la tiga sekawan tu bersama-sama dengan cili kisar.Daku letak lebih sikit.Cili tak pedas langsung sebab anak-anak tak makan pedas.
Lepas masak elok bahan tumisan tu,masukkan daging.Goreng sekejap dengan bahan tumisan biar bersebati dengan daging kemudian masukkan air sebanyak mungkin.Lepas tu masukkan ✳️kicap lemak manis 5 sudu besar.
Biarkan daging itu atas periuk selama 40 minit ye.Bak kata Khairul Aming memang lama tapi its gonna worth it.Nanti daging tu akan jadi lembut ibarat seperti butter yang mencair di dalam mulut.Haa gitcheww
Kalau nampak air dalam kuali tu jadi kering tambah lagi air ye.Bila macam dah empuk elok daging tu,boleh la masukkan ✳️hirisan bawang holand,✳️hirisan lada merah ✳️hirisan daun bawang.Biarkan sampai sedikit kering kemudian boleh la angkat dan hidangkan.Haaa..dah siap!
Resipi ni daku tak letak garam dan gula sebab dah cukup masin dan manis.Kicap tu pun dah tak tambah cukup 5 sudu besar tu je.Cantik hitam berkilat je daging tu tau.Very the sedap sungguh!
Monday, August 10, 2020
Resipi sup ayam mesra kanak-kanak
Tumis 5 ulas bawang merah,3 ulas bawang putih,halia yang ditumbuk dan sup bunjut.Bawang dah masak elok tambah air sikit.
Masukkan ayam yang dah dihiris kecil-kecil.Nak masuk seketul besar pun boleh tapi bagi aku kalau potong kecik-kecik isi ayam tu lagi terasa rempah ratus yang terserap dalam ayam.
Masukkan lobak merah dan kobis.Anak aku suka sayur-sayur ni je.Tak masukkan kentang sebab tak suka rasa kentang tu affect rasa sup.Rasa manis dari lobak dan kobis dah cukup buat sup terasa sempurna di lidah.
Last sekali masukkanlah gula dan garam dan tak dilupa juga perahkan sedikit lemon untuk rasa masam-masam sikit.Hiaskan dengan daun sup untuk rasa yang lebih jitu.
Thursday, August 6, 2020
Resipi Daging Goreng Asam
Bawang putih
Bawang merah
Jintan manis
Halia
Kunyit hidup (ditumis)
Masukkan daging dan dimasak sehingga empuk.Tambah air untuk pastikan daging masak elok dan tak liat.
Masukkan sayur-sayuran seperti kacang panjang,lobak,bawang holand,lada etc.
Akhir sekali masukkan air asam jawa secukup rasa masam.Biarkan beberapa ketika sehingga betul-betul meresap dalam daging.
Friday, June 12, 2020
5cm
Filem 2012 tapi baru tengok.Mula-mula macam bosan jugaklah sebab ceritanya bertemakan persahabatan 5 sekawan.Agak cliche.Ada yang cakap cringey jugak.Tapi takpe...tengok je dulu sebab bila scene dorang tengah mendaki gunung tu baru la rasa macam best la pulak.Cantik sangat pemandangan sepanjang pendakian dorang tu.Gunung kat sana tak macam kat Malaysia ye...takde lintah,takde pacat.Otw tengah naik gunung tu tetiba jumpa tasik biru yang subhanallah cantiknyaaa...Yang kaki travel,kaki hiking mesti tetiba terus rasa nak pergi Indonesia panjat Mahameru ð.
Jalan cerita biasa-biasa je.Pasal sahabat,cinta dan selit jugak la unsur2 patriotism.Sinematografi keren bangat.Dan paling best ada satu ayat dari watak Genta yang buat diri ini terinspirasi.Deep teruk.Kenapa tajuk filem ini 5cm?Sebabnya ialah dia suruh kita gantung impian kita 5cm dari kening.Jangan tampal kat dahi.Jadi setiap kali kita bangun tidur, kita sentiasa akan lihat impian kita dan cuma tinggal untuk melangkah dan capai impian itu.Bagi aku dah cukup deep la tu perumpamaan dia tu untuk aku yang bangun pagi selalu rasa demotivated ð.Tiba-tiba rasa nak pasang balik impian yang tak tercapai tu wkwkwk
Boleh baca ayat penuh Genta kat bawah ni.ððð
“Mimpi-mimpi kamu, cita-cita kamu, keyakinan kamu, apa yang kamu mau kejar, biarkan ia menggantung, mengambang 5 centimeter di depan kening kamu. Jadi dia nggak akan pernah lepas dari mata kamu. Dan kamu bawa mimpi dan keyakinan kamu itu setiap hari, kamu lihat setiap hari, dan percaya bahwa kamu bisa.
Apa pun hambatannya, bilang sama diri kamu sendiri, kalo kamu percaya sama keinginan itu dan kamu nggak bisa menyerah. Bahwa kamu akan berdiri lagi setiap kamu jatuh, bahwa kamu akan mengejarnya sampai dapat, apapun itu, segala keinginan, mimpi, cita-cita, keyakinan diri.
Biarkan keyakinan kamu, 5 centimeter mengambang di depan kening kamu. Dan… sehabis itu yang kamu perlu cuma kaki yang akan berjalan lebih jauh dari biasanya, tangan yang akan berbuat lebih banyak dari biasanya, mata yang akan menatap lebih lama dari biasanya, leher yang akan lebih sering melihat ke atas, lapisan tekad yang seribu kali lebih keras dari baja, dan hati yang akan bekerja lebih keras dari biasanya, serta mulut yang akan selalu berdoa."
Btw dalam filem ni ada Zainuddin jugak tau.Dalam cerita TKVDW tu muka dia kesian sangat tapi dalam cerita ni watak dia kelakar tak kesian langsung ð
Subscribe to:
Comments (Atom)
Sarapan
Kehidupan yang ringkas adalah apabila kau tak perlu nak fikir masak apa pagi-pagi.Kau cuma perlu panaskan lauk semalam,goreng telur dan cedo...
-
Bawang putih Bawang merah Jintan manis Halia Kunyit hidup (ditumis) Masukkan daging dan dimasak sehingga empuk.Tambah air untuk pastikan dag...
-
Tumis 5 ulas bawang merah,3 ulas bawang putih,halia yang ditumbuk dan sup bunjut.Bawang dah masak elok tambah air sikit. Masukkan ayam yang ...