Saturday, July 31, 2021

Malang tak berbau.


Lukisan Kakak Kila yang cuba menterjemahkan apa yang terjadi pada diri dia dan Adib pada 15 Julai baru-baru ini.Mama kagum juga dengan perincian gambar ini.Nampak lubang tandas,air mata pada pipi dia,tangan Adib yang cuba capai pili air dan terselit juga gambar orang lidi Mama dan Abah.

Sebelum ni banyak kali baca berita tragik kanak-kanak lemas dalam besen/baldi air.Tak pernah terfikir benda yang sama akan berlaku pada Adib.Cuma Mama bersyukur sebab kami tinggalkan Adib bersama-sama Kakak Kila dalam bilik air.Menurut Kakak Kila,dia lah yang tarik kepala Adib yang tenggelam dalam tong air tu.Akhirnya dua-dua menangis ketakutan sambil panggil Mama dan Abah.Cuba bayangkan kalau Adib sorang-sorang dalam bilik mandi?Entah masih bernyawa atau tidak Muhammad Adib hari ini.

Kakak Kila cakap, "Kila taknak Adib mati.Kila sayang Adib".Betul-betul meruntun jiwa.

Lesson learnt.
Jangan ambil mudah hal berkait keselamatan anak-anak kita.

 

Sarapan

Kehidupan yang ringkas adalah apabila kau tak perlu nak fikir masak apa pagi-pagi.Kau cuma perlu panaskan lauk semalam,goreng telur dan cedo...