Tuesday, August 11, 2020

Kek hangit

Malam ni teringin sangat nak makan kek marble dek kerana tertengok video kat youtube masak-masak kek .Kebetulan bahan-bahan cukup kat dapur daku gagahkan diri bangun dari pembaringan tatkala anak-anak baru sahaja lena.Pecahkan telur,ayak tepung,kacau adunan,tambah susu,tambah milo etc dah siap tuang dalam loyang dan masukkan dalam oven.Suhu 170 darjah celsius api atas bawah selama 45 minit.

Sementara tunggu masak tu daku kemas-kemas la dapur sikit.20 minit kek marble ku dalam oven daku rasa pelik ye.Apasal tetiba bau hangit ni?Jenguk dalam oven sekejap.Aik,apasal atas dah hitam rentung kek aku ni?Tengok tombol kat tepi oven tu.Check satu satu.Suhu dah OK.Timer dah OK.Api dah set atas bawah.Eh ye ke?Eh eh eh apasal plak daku set api atas je ni.Mana la tak rentung kek marble ku ini.Silat set api atas je.Sedihhhh.....membazir je bahan-bahan juga tenagaku.Sobs!

Oven ni tadi siang memang Kila buat main masak-masak.Jadi memang dia la kot yang set oven tu macam tu.Aduhai....malam ni dapatlah merasa kek rentung dan bantat.Rasa tu ada.Sedap la jugak.Kalau check betul-betul oven sebelum bakar tu tadi mesti dah jadi kek marble yang superawesome 😂.

Sarapan

Kehidupan yang ringkas adalah apabila kau tak perlu nak fikir masak apa pagi-pagi.Kau cuma perlu panaskan lauk semalam,goreng telur dan cedo...