Friday, August 14, 2020

Daging Masak Merah Simple

Daku teringin nak makan daging masak merah ala Thai tu.Cari cari resipi kat FB,hurm...mac renyah je.Nak kena rebus dulu,rendam pewarna,goreng pastu bahan-bahan pun banyak jugak nak kena sedia.Hehehe...daku sebagai seorang mak yang pemalas memang idok la nak teruskan plan asal.Lagi satu tak berapa nak berkenan dengan resipi tu sebab banyak benar sos-sos tinggi garam dan pengawet nak kena letak.Jadi daku pun ambik keputusan untuk masak daging masak merah cara biasa-biasa macam Ma selalu buat.Simple je guna bahan-bahan basic.

Bahan-bahan :-
✳️ Bawang merah 5 ulas
✳️ Bawang putih 3 ulas
✳️ Cili kisar 5 sudu besar
✳️ Sos tiram satu sudu besar

Bahan-bahan tu sesuaikanlah dengan kuantiti daging yang nak di masak tu.
 
Cara masak

✳️ Masukkan bahan kisar + sos tiram.Jangan letak minyak lagi ye.Rebus daging dengan bahan-bahan tu dulu sehingga betul-betul empuk.Jangan lupa tambah garam dan gula sedikit.Daku rebus sampai setengah jam.Selalu tambah-tambah air kalau nampak dah nak kering.

✳️ Bila daging tu dah empuk dan air dalam kuali dah agak kering barulah masukkan minyak.Goreng sekejap kemudian dah siap!

✳️Bahan-bahan lain boleh tambah bawang holland dan hiris lada merah.Daku tambah tomato dan daun bawang je sebab tu je yang ada dalam peti sejuk.

Ringkas je kan resipi ni.Tapi sedap!Anak makan bertambah.Suami pun suka ❤️

Tuesday, August 11, 2020

Kek hangit

Malam ni teringin sangat nak makan kek marble dek kerana tertengok video kat youtube masak-masak kek .Kebetulan bahan-bahan cukup kat dapur daku gagahkan diri bangun dari pembaringan tatkala anak-anak baru sahaja lena.Pecahkan telur,ayak tepung,kacau adunan,tambah susu,tambah milo etc dah siap tuang dalam loyang dan masukkan dalam oven.Suhu 170 darjah celsius api atas bawah selama 45 minit.

Sementara tunggu masak tu daku kemas-kemas la dapur sikit.20 minit kek marble ku dalam oven daku rasa pelik ye.Apasal tetiba bau hangit ni?Jenguk dalam oven sekejap.Aik,apasal atas dah hitam rentung kek aku ni?Tengok tombol kat tepi oven tu.Check satu satu.Suhu dah OK.Timer dah OK.Api dah set atas bawah.Eh ye ke?Eh eh eh apasal plak daku set api atas je ni.Mana la tak rentung kek marble ku ini.Silat set api atas je.Sedihhhh.....membazir je bahan-bahan juga tenagaku.Sobs!

Oven ni tadi siang memang Kila buat main masak-masak.Jadi memang dia la kot yang set oven tu macam tu.Aduhai....malam ni dapatlah merasa kek rentung dan bantat.Rasa tu ada.Sedap la jugak.Kalau check betul-betul oven sebelum bakar tu tadi mesti dah jadi kek marble yang superawesome 😂.

Resipi Daging Goreng kicap Hitam Berkilat

Hari ni masak daging masak kicap diinspirasikan dari video masakan Khairulaming kat youtube ye.Kalau nak tengok versi asal taip je kat YT Daging Masak Kicap Khairul Aming.

Bahan-bahan
✳️ 5 ulas bawang merah
✳️ 4 ulas bawang putih
✳️ Halia besar jari
✳️ 3 sudu besar cili kisar

Kisar/tumbuk bebawang dan halia.Pastu tumis la tiga sekawan tu bersama-sama dengan cili kisar.Daku letak lebih sikit.Cili tak pedas langsung sebab anak-anak tak makan pedas.

Lepas masak elok bahan tumisan tu,masukkan daging.Goreng sekejap dengan bahan tumisan biar bersebati  dengan daging kemudian masukkan air sebanyak mungkin.Lepas tu masukkan ✳️kicap lemak manis 5 sudu besar.

Biarkan daging itu atas periuk selama 40 minit ye.Bak kata Khairul Aming memang lama tapi its gonna worth it.Nanti daging tu akan jadi lembut ibarat seperti butter yang mencair di dalam mulut.Haa gitcheww

Kalau nampak air dalam kuali tu jadi kering tambah lagi air ye.Bila macam dah empuk elok daging tu,boleh la masukkan ✳️hirisan bawang holand,✳️hirisan lada merah ✳️hirisan daun bawang.Biarkan sampai sedikit kering kemudian boleh la angkat dan hidangkan.Haaa..dah siap! 

Resipi ni daku tak letak garam dan gula sebab dah cukup masin dan manis.Kicap tu pun dah tak tambah cukup 5 sudu besar tu je.Cantik hitam berkilat je daging tu tau.Very the sedap sungguh!

Disclaimer : Pesakit darah tinggi dilarang makan sebab daku rasa macam masakan tinggi garam dan kolesterol .Orang gemuk pun berisiko jugak ye.Berisiko bertambah nasik nanti jadi makin gemuk pulak ðŸĪŠ

Monday, August 10, 2020

Resipi sup ayam mesra kanak-kanak

Tumis 5 ulas bawang merah,3 ulas bawang putih,halia yang ditumbuk dan sup bunjut.Bawang dah masak elok tambah air sikit.

Masukkan ayam yang dah dihiris kecil-kecil.Nak masuk seketul besar pun boleh tapi bagi aku kalau potong kecik-kecik isi ayam tu lagi terasa rempah ratus yang terserap dalam ayam.

Masukkan lobak merah dan kobis.Anak aku suka sayur-sayur ni je.Tak masukkan kentang sebab tak suka rasa kentang tu affect rasa sup.Rasa manis dari lobak dan kobis dah cukup buat sup terasa sempurna di lidah.

Last sekali masukkanlah gula dan garam dan tak dilupa juga perahkan sedikit lemon untuk rasa masam-masam sikit.Hiaskan dengan daun sup untuk rasa yang lebih jitu.

Dah siap 😊

Thursday, August 6, 2020

Resipi Daging Goreng Asam

Bawang putih
Bawang merah
Jintan manis
Halia
Kunyit hidup (ditumis)

Masukkan daging dan dimasak sehingga empuk.Tambah air untuk pastikan daging masak elok dan tak liat.

Masukkan sayur-sayuran seperti kacang panjang,lobak,bawang holand,lada etc.

Akhir sekali masukkan air asam jawa secukup rasa masam.Biarkan beberapa ketika sehingga betul-betul meresap dalam daging. 

Sarapan

Kehidupan yang ringkas adalah apabila kau tak perlu nak fikir masak apa pagi-pagi.Kau cuma perlu panaskan lauk semalam,goreng telur dan cedo...